‘Semuanya Sangat-Sangat Baik’ – Jururawat Kongsi Momen Sayu Rawat Pesakit Ahli Tabligh

Semua sedia maklum, gelombang kedua wabak COVID-19 yang melanda Malaysia adalah disebabkan seorang pesakit positif COVID-19 hadir ke satu majlis di Sri Petaling yang dihadiri lebih 15k orang ahli tabligh. Sejak dari hal tersebut, ramai mula mengecam ahli tabligh yang kononnya penyebar virus.

Di Facebook, seorang lelaki kongsi status whatsapp milik individu yang dipercayai jururawat yang terharu merawat pesakit COVID-19 dalam golongan ahli tabligh. Malah dia turut meminta agar orang ramai hentikan meletakkan kesalahan kepada ahli tabligh.

Mereka tak menyusahkan langsung

Allahu. Sharing daripada nurse yang jaga ahli tabligh. Netizen kena stop kecam golongan tabligh. Tapi, kena bantu kesan beberapa orang lagi yang belum buat saringan. Adik ipar saya sendiri salah seorang yang hadir ke ijtimak tabligh kat Sri Petaling tu. Dia kata memang ada orang tabligh yang kita tak akan boleh reach dengan media sosial. Mereka memang asingkan diri dan tak nak ambil tahu pun tentang media dan media sosial. Malah, ada juga yang tak ada telefon bimbit apatah lagi akaun Facebook ni.

Yang ada telefon pun mungkin bila dah balik kampung masing-masing, line telefon pula tak ada. Dia nak bantu, tapi tak tahu macam mana nak reach kawan-kawan yang jenis macam tu. Kalau mereka semua tahu, mesti akan terus ke hospital untuk saringan.

Semua baik cakap lembut-lembut

Lagi-lagi setiap markas ada ketua yang arahkan dan wajibkan semua ahli untuk buat saringan tu. Kawan-kawan, stop memburukkan tabligh dan marah-marah. Mesti kau rasa mereka ni kolot, ketinggalan zaman. Tapi itu dah memang cara mereka. Hormati. Memang ada ahli jemaah tabligh yang kaya dan juga golongan profesional macam doktor, jurutera dan lain.

Tapi, kena akui, ada golongan tabligh yang langsung mengasingkan diri daripada urusan dunia. Allahuakbar. Kita yang kata diri kita ni sangat berteknologi dan bertamadun, kenalah jaga emosi kita betul-betul. Buang marah dan benci, kita selesaikan krisis wabak COVID19 ni sama-sama. Sebelum ni, ahli tabligh yang tanpa simptom tidak akan disaring test COVID19, terus disuruh balik dan buat self quarantine kan.

Rasa simpati dan kesian lebih tinggi

Macam ni, ada kes yang bila disuruh balik, setelah beberapa hari, tiba-tiba ada simptom dan bila dibuat test, ternyata positif COVID19. Maka, siang tadi, Pengarah Kesihatan dah bagitau supaya anda kena datang semula ke hospital untuk buat saringan walaupun tiada simptom.

Sampaikan mesej ini kepada kawan-kawan tabligh anda kat media sosial ni dan ahli keluarga terdekat. Yang baca mesej ni, ada tanggungjawab penting tergalas di bahu anda. Laksanakannya dengan baik ya.